Tuesday, February 18, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kapal Salvin Opal akan mula beroperasi bagi MOPS

    Oleh Hajah Saemah Kepli

     

    KUALA BELAIT, 4 Mei – Kapal Salvin Opal akan mula beroperasi di perairan Brunei untuk kegunaan Syarikat Mashhor Offshore Painting Services (MOPS) Sdn Bhd bagi kontrak Penyelenggaraan Pelindung Lapisan Permukaan yang telah bermula awal Mac lalu.

    Kepentingan kontrak tersebut amat signifikan, kerana ia bertujuan untuk melindungi integriti aset, yang menyokong ekonomi negara dan Kapal Salvin Opal akan digunakan sebagai sebuah kapal sokongan utiliti (USV) bagi operasi MOPS.

    Penggunaan kapal tersebut juga penting bagi kerja-kerja luar pantai dalam industri minyak dan gas sebagai kegunaan pengangkutan dan tempat tinggal.

    Sehubungan itu, Majlis Doa Selamat dan Perasmian Penggunaan Kapal Salvin Opal telah berlangsung di kawasan Pelabuhan Kuala Belait di sini, hari ini, sebagai memperingati kempen painting luar pantai 2017 syarikat berkenaan dan akan menggunakan kapal daripada Salvin Far East.

    Acara memotong kek bersempena perasmian penggunaan Kapal Salvin Opal bagi MOPS.
    Acara memotong kek bersempena perasmian penggunaan Kapal Salvin Opal bagi MOPS.
    Pengarah-pengarah MGCSB dan pegawai serta kakitangan MOPS bergambar ramai pada majlis perasmian itu.
    Pengarah-pengarah MGCSB dan pegawai serta kakitangan MOPS bergambar ramai pada majlis perasmian itu.

    Antara yang hadir ialah pengarah-pengarah Kumpulan Syarikat-syarikat Mashhor Sdn Bhd (MGCSB), Malai Haji Hamir bin Haji Malai Mashhor dan Sharifah Hajah Mariam binti Haji Malai Mashhor, Timbalan Pengarah Perhubungan Korporat dan LBD MGCSB, Haji Osman bin Haji Omar, wakil-wakil kumpulan operasi dan pengurusan Salvin Far East, wakil-wakil daripada Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP) dan para pegawai MOPS serta kru luar pantai syarikat itu.

    Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan Doa Selamat diikuti dengan acara memotong kek sebagai perasmian.

    Malai Haji Hamir yang merupakan Pengarah Pembangunan Perniagaan MGCSB semasa menyampaikan ucapan melahirkan harapan agar MOPS akan terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada BSP dan sentiasa mengamalkan kerja secara selamat selain turut mengamalkan sikap lebih berhati-hati semasa bekerja di kawasan yang paling bahaya di luar pantai.

    Sementara itu, Sharifah Hajah Mariam selaku Pengarah Kewangan dan Pentadbiran MGCSB pula berkata, kerjasama adalah sangat penting dan ia merupakan bahan utama untuk persekitaran kerja yang harmoni.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda