Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Kapal selam AS diusir dari perairan Rusia

    MOSCOW, 13 FEB – Rusia semalam mendakwa pihaknya mengusir sebuah kapal selam Amerika Syarikat (AS) keluar dari kawasan perairan negara itu, berhampiran Kepulauan Kuril.

    Bagaimanapun, pihak tentera AS menafikan dakwaan itu yang tercetus ketika ketegangan kian memuncak antara Rusia dengan negara Barat berhubung isu Ukraine.

    Kementerian Pertahanan Moscow mendakwa ketika menjalani latihan ketenteraan yang dirancang, kapal pemusnah Marshal Shaposhnikov mengesan sebuah kapal selam kelas Virginia Tentera Laut AS berada dalam kawasan perairan Rusia berhampiran Kepulauan Kuril di utara Pasifik.

    Apabila kapal selam itu tidak menghiraukan arahan untuk timbul, pihak tentera laut Rusia bertindak ‘menggunakan kaedah sewajarnya’ sebelum kapal selam AS terbabit beredar pada kelajuan maksimum, dakwa kementerian berkenaan tanpa memperincikan butiran lanjut.

    Justeru, kementerian itu memaklumkan bahawa pihaknya telah memanggil atase pertahanan AS di Moscow berhubung insiden berkenaan.

    Namun, tentera AS menafikan dakwaan Moscow bahawa pihaknya beroperasi dalam kawasan perairan Rusia.

    Jurucakap pasukan tentera Indo-Pasifik AS, Kapten Kyle Raines menegaskan bahawa beliau bagaimanapun tidak akan mengulas mengenai kedudukan tepat kapal selam negara itu.

    “Kami memang ada melakukan penerbangan, pelayaran dan operasi secara selamat di perairan antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...