Kapal selam nuklear Perancis terbakar

TOULON, PERANCIS, 14 JUN – Satu kebakaran yang meletus selama 14 jam di salah sebuah kapal selam nuklear di Perancis tidak membawa kepada kemalangan nuklear tatkala langkah-langkah diambil untuk melindungi reaktornya, kata menteri pertahanan semalam. Kapal selam itu sedang menjalani kerja pembaikan di selatan bandar Toulon apabila kebakaran meletus pada kira-kira pukul 10:30 pagi pada Jumaat di bahagian bawah kapal selam yang sukar diakses, kata tentera laut.

Ia memerlukan kira-kira 100 anggota bomba dan 150 kru sokongan untuk memadamkan kebakaran pada tengah malam, kata tentera laut dalam satu kenyataan.

“Berlakunya kebakaran tetapi tidak adanya kemalangan nuklear,” kata Menteri Pertahanan Florence Parly.

Parly menambah semasa kebakaran ‘langkah-langkah telah diambil di bahagian belakang untuk melindungi reaktor nuklear.’

Tentera laut berkata sebelumnya bahawa tidak berlakunya kemalangan dan risiko radiasi disebabkan bahan nuklear telah pun dipindahkan semasa kerja-kerja pembaikan La Perle, salah satu daripada enam kapal selam nuklear Perancis. Sejauh mana kerosakan dan punca kebakaran, masih tidak diketahui tetapi seorang pegawai dengan pusat pembaikan Kumpulan Tentera Laut menganggap kejadian sebagai ‘serius.’ – AFP

Anggota bomba memadamkan kebakaran di ‘Perle’, salah sebuah kapal selam nuklear tentera Perancis yang terbakar semasa menjalani kerja pembaikan di Toulon. – AFP