Tuesday, December 3, 2024
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kapal selam Perang Dunia Pertama ditemui

    LA MARSA, TUNISIA, 9 OKT – Juruselam Tunisia telah menemui bangkai kapal selam Perancis dari era Perang Dunia Pertama, Ariane, yang ditenggelamkan oleh kapal selam Jerman pada 1917.

    Kapal itu ditemui di luar Cap Bon oleh pengurus kelab selam di timur laut negara ketika mereka sedang meninjau tapak baharu untuk diterokai bersama pelajar mereka.

    “Kami tahu mereka adalah bangkai tetapi kami tidak tahu apa yang akan kami temui,” kata pengarah penyelam kelab Ras Adar, Selim Baccar.

    Bangkai yang berada dalam keadaan hampir sempurna itu dilitupi alga, geladak dan periskopnya kini menjadi tempat tinggal ikan dan haiwan krustasia.

    Selepas menyoal beberapa pakar, kelab itu menyimpulkan ia mungkin Ariane, yang berpangkalan di Bizerte, pada masa itu sebuah pelabuhan Perancis di utara Tunisia.

    “Ia adalah kapal selam ketiga yang ditemui di Tunisia, dan satu-satunya dari Perang Dunia Pertama. Ia menarik, seolah-olah buku sejarah telah kembali hidup,” kata Baccar.

    Ariane ditembak torpedo oleh U-Boat Jerman sementara masih berada di permukaan, dan hanya lapan daripada 29 kru yang berjaya diselamatkan, menurut AGASM, persatuan bekas operator kapal selam Perancis. “Adalah luar biasa untuk menemui bangkai kapal selam, terutamanya dari era Perang Dunia Pertama, disebabkan kami tidak tahu di mana mereka tenggelam,” kata Laksamana Dominique Salles, presiden kumpulan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda