Sunday, December 15, 2024
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kapal Seven Seas Explorer singgah di Brunei

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 NOV – Kapal Seven Seas Explorer membuat pelayaran sulungnya ke Negara Brunei Darussalam dari Kota Kinabalu dengan membawa seramai 666 penumpang dan 545 anak kapal, kelmarin.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Pelancongan (JKP), di sini, menyatakan bahawa pelayaran kapal berkenaan menandakan kapal pelayaran antarabangsa ke-7 yang mengadakan lawatan ke Negara Brunei Darussalam pada tahun ini.

    Persinggahan kapal berkenaan memberikan peluang kepada para penumpang untuk meneroka beberapa tarikan yang terdapat di Brunei sebelum meneruskan pelayaran mereka ke Indonesia.

    Ketibaan mereka telah dialu-alukan mesra dengan persembahan hadrah sebelum mereka turun untuk memulakan lawatan mereka.

    Para penumpang menikmati lawatan ke bandar yang mengetengahkan beberapa tarikan utama termasuk Muzium Alat Kebesaran Diraja, Masjid Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Istana Nurul Iman dan Kampong Ayer yang terkenal.

    Antara penumpang kapal tersebut semasa tiba di negara ini. – GAMBAR SERAHAN JKP
    GAMBAR SERAHAN JKP
    GAMBAR SERAHAN JKP

    Semasa lawatan ringkas itu, mereka menikmati pelbagai jenis juadah makanan dan minuman tempatan serta berpeluang untuk membeli buah tangan tradisional Brunei.

    Salah seorang penumpang kapal, Bill mengongsikan pengalamannya di pusat bandar.

    Beliau menyatakan bahawa telah berpeluang untuk menyaksikan monyet proboscis dan buaya, menikmati berjalan-jalan di pusat bandar serta melawat ke beberapa tarikan termasuk Masjid Omar ‘Ali Saifuddien dan sebuah sekolah tempatan yang menarik minatnya.

    Manakala itu, seorang lagi penumpang dari Toronto, Amerika Syarikat, Anne mengulas tarikan yang dilawatnya seperti Muzium Alat Kebesaran Diraja, Istana Nurul Iman dan lain-lain lagi, amat menakjubkan.

    Ketibaan berterusan kapal-kapal pelayaran antarabangsa mengetengahkan tarikan Brunei yang semakin meningkat sebagai destinasi pelayaran premier. Pada tahun ini, sebanyak tujuh buah kapal pelayaran telah berlabuh di perairan Brunei dan JKP menantikan lima lagi ketibaan sebelum hujung tahun.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda