Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    Kapal tangki beroperasi tanpa lesen ditahan

    LABUAN, 22 MEI – Agensi Penguat-kuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Labuan menahan sebuah kapal tangki yang dikendalikan lima kru warga asing di kedudukan 14.1 batu nautika barat laut pulau berkenaan, semalam.

    Pengarah Zon Maritim Labuan, Kapten Maritim Nudin Jusoh berkata kapal APMM yang sedang melakukan rondaan di perairan berkenaan telah mengesan kapal tangki terbabit kira-kira 10 pagi.

    Beliau berkata hasil pemeriksaan, terdapat tiga kru warga India dan dua Indonesia berusia 25 hingga 42 tahun berada di atas kapal yang beroperasi dengan Lesen Perkapalan Domestik (DSL) yang telah tamat tempoh. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...