Kapal tangki, kargo berlanggar

MANILA, 8 APRIL – Sebuah kapal tangki minyak dan kapal kargo bertembung di perairan Cavite City, barat daya Manila, Filipina, namun tiada kecederaan dilaporkan, kata Pengawal Pantai Filipina (PCG) hari ini.

Jurucakap PCG Komander Armando Balilo berkata kapal tangki Thailand, Rich Rainbow sedang belayar dari Filipina ke China sebelum berlanggar dengan Ivy Alliance yang berdaftar di Kepulauan Marshall.

Kejadian berlaku di perairan bandar Cavite sebelum 10 malam dan tiada tumpahan minyak dilaporkan namun kedua-dua kapal mengalami kerosakan, menurut agensi berita Xinhua. – Bernama