Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Kapal tangki minyak diserang dron

    DUBAI, EMIRIAH ARAB BERSATU, 16 NOV – Sebuah kapal tangki minyak yang dikaitkan dengan bilionair Israel telah diserang dron di luar pantai Oman, beritahu pegawai kepada The Associated Press hari ini.

    Serangan ke atas kapal tangki minyak Pacific Zircon berlaku pada malam semalam di luar pantai Oman, kata salah seorang pegawai pertahanan, tanpa memberikan namanya kerana dia tidak dibenarkan membincangkan serangan tersebut.

    Pacific Zircon dikendali oleh Eastern Pacific Shipping yang berpangkalan di Singapura, sebuah syarikat milik bilionair Israel, Idan Ofer.

    Dalam satu kenyataan, Eastern Pacific Shipping berkata Pacific Zircon, membawa minyak gas, telah ‘terkena pelancar’ kira-kira 240 kilometer di luar pantai Oman.

    “Kami sedang berkomunikasi dengan kapal dan tidak adanya laporan kecederaan atau pencemaran. Semua kru berada dalam keadaan selamat,” kata syarikat. “Terdapat kerosakan kecil di badan kapal tetapi tidak adanya tumpahan kargo atau kebocoran air.”

    Seorang pegawai Israel memberitahu AFP dron Shahed-136 telah digunakan dalam serangan. Sementara tidak ada pihak yang mengaku bertanggungjawab atas serangan itu, tuduhan telah dilemparkan pada Iran kerana Iran telah membekal dron berkenaan kepada Rusia, yang telah menggunakannya untuk menyasar infrastruktur dan orang awam di Ukraine.

    ”Berdasarkan risikan Israel dan komuniti pertahanan, ia merupakan serangan Iran,” kata pegawai.

    Kerajaan Iran tidak mengakui serangan ke atas Pacific Zircon. Misi Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu juga tidak memberikan komen. – AP

    Gambar serahan Nabeel Hashimi menunjukkan kapal tangki minyak Pacific Zircon di pelabuhan Jebel Ali, Emiriah Arab Bersatu. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...