Kapal terbalik di India ragut tujuh nyawa

NEW DELHI, 16 SEPT – Sekurang-kurangnya tujuh orang lemas hari ini selepas bot yang membawa mereka terbalik di dalam sungai di bahagian tengah India, menurut pegawai kerajaan.

Krishan Kumar, seorang jurucakap untuk pasukan Tindak Balas Bencana Kebangsaan, berkata 22 orang penumpang berjaya diselamatkan dan operasi pencarian masih diteruskan untuk mangsa hilang.

Tujuh mayat telah ditemui dalam sungai setakat ini, menurut Kumar.

Polis sedang menyiasat punca kemalangan di sungai Chambal di negara Madhya Pradesh.

Kemalangan seperti itu sering berlaku di India, dengan kebanyakan bot membawa lebih muatan dan tidak mempunyai peralatan keselamatan.

Pada September tahun lalu, 12 orang lemas apabila kapal mereka terbalik dan tenggelam di sungai Godavari di negeri selatan Andhra Pradesh.

Pada Mei 2018, 30 orang terbunuh dalam kejadian yang serupa di rantau berkenaan. – AP