Kapal terbalik ragut empat jiwa

TAIPEI, 27 JULAI – Sebuah kapal China yang membawa muatan batu kelikir terbalik di pantai Kepulauan Penghu yang dikuasai Taiwan malam kelmarin, menyebabkan empat kru terbunuh, kata Pentadbiran Pengawal Pantai (CGA) hari ini.

Pengawal Pantai Taiwan berjaya menemukan seorang anak kapal yang terselamat pada tengah hari ini, empat mangsa maut manakala empat lagi masih hilang, lapor Agensi Berita Pusat (CNA).

Menurut CGA, pihaknya segera menghantar bantuan ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan kira-kira 7 malam Ahad. Ketika kejadian, kapal bersama dengan sembilan kru itu sedang menjalankan operasi di 48 batu nautika barat daya Penghu Cimei Township. – Bernama