Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Kapsul masa bongkar artifak Perang Saudara AS

    WASHINGTON, 29 DIS – Kapsul masa yang ditanam 130 tahun lalu di dasar monumen seorang jeneral Gabungan mendedahkan rahsianya kelmarin, di dalam kapsul tersebut terdapat peluru, butang dan mata wang dari Perang Saudara Amerika Syarikat (AS) 1861 sehingga 1865 bersama artifak lain.

    Kotak tembaga itu ditemui Isnin lalu tertanam di alas batu patung Jeneral Robert E. Lee, yang memerintah Tentera Virginia Utara semasa konflik berdarah antara Utara dan Selatan.

    Patung gangsa Lee itu telah didirikan pada tahun 1890 di Richmond, bandar Virginia yang merupakan ibu kota Selatan yang masih mempunyai sistem perhambaan semasa Perang Saudara. Ia telah diturunkan pada September, salah satu daripada beberapa buah monumen Gabungan dialih keluar dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

    Kapsul masa tersebut telah dibuka kelmarin oleh pemuliharaan di Jabatan Sumber Sejarah di Richmond dan kandungannya berada dalam keadaan baik, hanya mengalami sedikit kerosakan oleh air.

    “Ia dalam keadaan baik dari yang kami jangka,” kata Kate Ridgway, pemuliharaan arkeologi negeri, pada majlis di mana kotak berukuran 14x14x8 inci tersebut dibuka sebelum kamera televisyen langsung. – AFP

    Seorang pakar menunjukkan salah satu artifak berusia 130 tahun yang dijumpai dalam sebuah kotak tembaga kapsul masa ditemui di monumen Robert E. Lee. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...