Thursday, May 1, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kapsul penginapan gaya UFO

    SEORANG peminat sains telah membina pod gaya UFO yang kelihatan begitu realistik dan sangat cantik yang digelar ‘Spodnic’

    Bekas juru tenaga, Martin Johnson dan isterinya Carol Anne berkata pembinaan ‘Spodnic’ menggunakan pod lama yang digunakan semasa Sukan Olimpik London pada tahun 2012.

    Pod berharga 110 pound bagi satu malam di Templeton Narberth, Pembrokeshire itu dilengkapi dengan kemudahan seperti berada di sebuah rumah iatu katil serta tab mandi air panas peribadi.

    Pasangan itu mengambil masa enam bulan untuk membina pod tersebut yang diletakkan di sebelah rumah mereka, dan ianya muka dibuka untuk disewakan kepada orang ramai bermula tahun lepas.

    Johnson, 49, berkata: “Sambutannya sangat luar biasa. Kebanyakan mereka berkata kepada kami bahawa mereka tidak memberitahu pasangan mereka atau anak-anak di mana mereka tinggal sehingga mereka tiba. Apabila mereka tiba di sana, ia sangat menakjubkan.”

    Pemilik pod berkenaan mengambil masa enam bulan untuk membina pod di sebelah rumah mereka dan ia mula dibuka untuk disewakan kepada orang ramai bermula tahun lalu.

    “Saya sentiasa mencari sesuatu yang berbeza. Saya mahu sesuatu yang unik.”

    Johnson meninjau struktur pod berkenaan di eBay tahun lepas. Ia telah digunakan semasa Sukan Olimpik London untuk menempatkan generator.

    Dia juga merancang untuk mengumpul kabel komputer, permainan dan hiasan lama lainnya, termasuk teleskop bagi tujuan hiburan untuk para tetamunya semasa menginap di dalam pod berkenaan.

    “Saya cuba memikirkan sesuatu yang berbeza dan saya sebenarnya sedang mencari alternatif lain untuk menambahkan lagi keunikan tempat penginapan seperti ini.

    “Ia mengambil masa kira-kira enam bulan untuk dibina. Tidak ada apa-apa yang dirangka di atas kertas dan semuanya berada di kepala saya.

    “Pod penginapan itu menjadi inspirasi dan ilham kepada saya untuk mencipta lebih banyak variasi penginapan pada masa hadapan,” katanya lagi.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda