Kapten Eropah mahu penyokong di Piala Ryder

LONDON, 8 APRIL – Kapten Piala Ryder Eropah, Padraig Harrington percaya perlawanan dwitahunan dengan Amerika Syarikat mesti ditunda jika penyokong diarahkan untuk menjauhkan diri disebabkan oleh koronavirus.

Pemain kelahiran Ireland berusia 48 tahun itu telah memberitahu BBC hari ini ‘atmosfera febril’ yang dicipta oleh peminat lawan adalah sebahagian daripada acara tersebut.

“Tiada seorang pun yang mahu untuk menonton Piala Ryder tanpa kehadiran penyokong,” kata Harrington.

“Tidak dapat disangkal lagi bahawa ia akan membuatkan kejohanan itu lebih baik.

“Saya fikir persetujuan umum sekarang ialah Piala Ryder tidak akan dimainkan melainkan ada penyokong.

“Bukan pemain golf dan pemain golf di seluruh dunia menyaksikan Piala Ryder kerana ketegangan yang dihasilkan oleh penyokong.”

Kapten Piala Ryder Eropah, Padraig Harrington berkata tiada seorang pun yang mahu untuk menonton Piala Ryder tanpa kehadiran penyokong. – AFP

Edisi tahun ini dijangka akan berlangsung dari 25 hingga 27 September di Whistling Straits di Wisconsin, Amerika Syarikat.

Eropah ketika ini akan mula untuk mempertahankan trofi selepas seminggu dijadualkan semula Terbuka AS.

Dua lagi kejohanan yang berpangkalan di AS, The Masters dan PGA telah ditunda ke bulan November dan Ogos.

Kejohanan keempat Terbuka Britain yang dijadualkan pada bulan Julai telah dibatalkan.

Harington ialah juara sebanyak tiga kali kejohanan besar dan sebahagian dari enam pasukan Piala Ryder yang memenangi piala tersebut sebanyak empat kali.

Dia berkata sama ada Piala Ryder akan diteruskan tertakluk kepada sesuatu yang di luar kawalan penganjur.

“Saya tidak mengatakan ia tidak mempunyai keraguan,” jelas Harrington.

“Saya pasti mereka telah melihat alternatif dan perkara seperti ini.

“Tetapi satu-satunya sebab untuk Piala Ryder tidak dilangsungkan, ia adalah di luar kawalan semua orang, ia adalah koronavirus.” – AFP