Kapten kapal dipenjara curi minyak

SINGAPURA, 20 DIS – Seorang kapten kapal tangki minyak Vietnam dipenjarakan di Singapura kerana peranannya dalam satu sindiket yang menyaksikan sejumlah minyak bernilai AS$150 juta dicuri dari  loji penapisan minyak terbesar Shell, kata pihak berkuasa hari ini.

Kecurian membongkar sindiket bertahun-tahun dari tapak perindustrian besar di negara kota itu, yang menurut firma Anglo-Dutch itu sebagai hab pengeluaran paling pentingnya di dunia.

Polis mematahkan sindiket mencuri minyak itu, yang menjualnya pada harga bawah pasaran, dalam serbuan pada tahun 2018 dan memberkas beberapa suspek serta merampas kapal tangki minyak dan wang.

Kapten kapal, Doan Xuan Than dijatuhkan hukuman penjara lima tahun enam bulan semalam selepas mengakui dia menerima minyak curi bernilai AS$5.7 juta, menurut pengesahan daripada pejabat peguam.

Dia bersubahat bersama tiga lagi lelaki lain yang masih bebas – dalam sindiket untuk membeli minyak mentah dalam masa hampir dua tahun, menurut dokumen diperolehi dari mahkamah. – AFP