Kapten skuad ragbi 7s akan diumumkan

KUALA LUMPUR, 13 OGOS – Kapten skuad ragbi tujuh sebelah (7s) lelaki Malaysia akan diumumkan dalam masa terdekat selepas Majlis Sukan Negara (MSN) meluluskan lima pemain senior untuk diserap ke dalam Skuad Projek 2026.

Naib Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) Fahmy Jalil berkata calon kapten adalah dalam kalangan lima pemain senior tersebut iaitu Muhammed Ameer Nasrun Zulkeffli, Muhammad Azwan Zuwairi Mat Zizi, Muhammad Zulhisham Rasli, Amalul Hazim Nasarrudin dan Azizul Hakim.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja MSN-KRM, di sini, hari ini. – Bernama