Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Kapten Wolves dipinjamkan ke Everton semusim

    LONDON, 9 OGOS – Pemain pertahanan kebangsaan England, Conor Coady bersetuju untuk menyertai Everton dengan perjanjian pinjaman selama semusim dari kelab seteru Liga Perdana Inggeris, Wolves, menurut pengumuman kelab itu kelmarin.

    The Toffees yang kehilangan dua pemain pertahanannya iaitu Ben Godfrey dan Yerry Mina akibat kecederaan semasa kekalahan 1-0 di tangan Chelsea pada perlawanan pembukaan musim baharu liga Sabtu lalu.

    Langkah tersebut menyaksikan ketua pasukan Wolves Coady, 29, kembali ke bandar kelahirannya lapan tahun selepas meninggalkan Liverpool, di mana dia bermain untuk pasukan akademi di Anfield.

    “Sangat gembira untuk menyertai Everton,” Coady memberitahu laman web rasmi Everton.

    “Saya membesar di sekitar bandar ini, saya mengenali kelab bola sepak ini, betapa besarnya kelab ini dan ia sangat bermakna kepada peminat.

    “Saya merupakan salah seorang pemain yang terdesak untuk datang ke sini, untuk bermain bersama kelab ini. Saya mempunyai ahli keluarga dan sahabat yang peminat tegar Everton.

    “Saya akan berikan segala-galanya untuk kelab,” tambahnya. – AFP

    Gambar fail menunjukkan Conor Coady meraikan gol bersama rakan sepasukan. Coady bersetuju untuk menyertai Everton dengan perjanjian pinjaman selama semusim. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...