Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Karakter baharu Harimau Malaya jadi faktor utama

    KUALA LUMPUR, 16 JUN – Semakin garang dan berani. Karakter baharu skuad Harimau Malaya ternyata menjadi senjata utama yang membawa Malaysia menempa sejarah layak secara merit ke Piala Asia 2023 selepas 42 tahun.

    Pemerhati bola sepak tempatan, Dr Pekan Ramli berkata ini dapat dilihat menerusi corak permainan memukau termasuk ‘high pressing’ yang sei-ring dengan gaya bola sepak moden, serta keyakinan diterapkan ketua jurulatih, Kim Pan Gon kepada anak buahnya ketika pusingan Kelayakan Piala Asia 2023, baru-baru ini.

    Beliau berkata jurulatih dari Korea Selatan itu juga wajar diberikan pujian atas hasil kerja keras serta taktikal menarik dipamerkannya sejak dilantik Februari lepas, yang memberi nafas baharu kepada pasukan Malaysia.

    “Pemain kita main dengan tahap keyakinan tinggi dan berani, tidak seperti sebelum ini, tapi kena ingat juga, kemenangan ini jangan sampai kita tak buat persediaan betul-betul.

    “Sebab nanti ketika latihan pusat diadakan, waktu itulah liga masih berlangsung, pasukan (negeri) tidak melepaskan pemain dan datang latihan hanya beberapa orang, jadi tak guna kita layak ke Piala Asia, benda remeh-temeh seperti itu kita tidak mahu berulang,” katanya ketika dihubungi Bernama. 

    Sementara itu, beliau tidak menafikan Malaysia juga bertuah kerana telah biasa bermain di Stadium Nasional Bukit Jalil selain faktor sokongan padu pemain ke-12 diketuai kumpulan penyokong tegar skuad Malaysia, Ultras Malaya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...