Kardashian kongsi azam tahun baru

Khloe Kardashian bersedia meletakkan dirinya terlebih dahulu! Pelakon berusia 35 tahun itu, mengemas kini akaun Instagram miliknya mengenai bayangan azam tahun barunya baru-baru ini dengan menulis “2020 sangat peribadi. Saya banyak berhutang dengan diri sendiri.”

Petikan itu telah dimuat naik kembali oleh satu akaun lain, walau bagaimanapun, sepertinya, Kardashian telah membuat satu kenyataan besar mengenai pendekatannya untuk dekad baharu ini.

Diikuti dengan perkongsian gambar dengan kapsyen “Pastikan anda tidak menilai diri anda melalui kaca mata orang yang tidak menghargai anda. Hargai diri anda walaupun mereka tidak menghargai.”

Walaupun dia tidak secara jelas menujukan kepada siapa pesanan itu, tetapi seolah-olah dikaitkan dengan bekas kekasihnya Tristan Thompson.

Bintang realiti TV itu nampaknya lebih bersedia menyambut kedatangan tahun baharu dengan tangan terbuka dan kita tidak boleh terus menyalahkannya setelah ketegangan yang dilaluinya pada tahun ini.

Kardashian memulakan tahun lalu bersama bekas kekasihnya Tristan dan membina sebuah keluarga dengan kehadiran seorang anak perempuan, bernama True Thompson yang berusia setahun. – Agensi

Bintang realiti TV itu nampaknya lebih bersedia menyambut kedatangan tahun baharu dengan tangan terbuka. – Agensi