Sunday, December 4, 2022
23.3 C
Brunei

-

Kareena kembali berlakon September ini

SELEPAS melahirkan anak Disember lalu, pelakon jelita Bollywood, Kareena Kapoor bakal kembali ke set penggambaran, September ini.

Bagaimanapun, ibu kepada anak lelaki bernama Taimur Ali Khan yang kini berusia lima bulan itu enggan berkongsi lanjut maklumat mengenai filem baru terbabit.

“Filem itu akan menemui penonton tahun depan,” katanya pada sidang media.

Menjawab pertanyaan media mengenai pemilihan watak, isteri pelakon Saif Ali Khan ini berkata, dia lebih menekankan jalan cerita sesebuah karya.

“Bagi saya kekuatan cerita lebih penting daripada watak. Saya akan baca skrip dulu sebelum bersetuju berlakon,” katanya.

Berasal dari keluarga yang turut terbabit dalam bidang seni, cucu kepada legenda Bollywood, Raj Kapoor ini berkata, minat berlakon sudah sebati dalam dirinya sejak kecil.

“Berlakon adalah minat saya dan bakat ini sudah diwariskan kepada saya sejak dalam rahim ibu.

“Dari kecil lagi saya sudah tahu akan menceburi bidang lakonan,” katanya yang juga adik Karishma Kapoor.

Berkongsi pengalamannya menjadi ibu, Kareena berkata, keluarga dan anak kini menjadi keutamaan.

“Menjadi ibu pengalaman indah dan menyeronokkan. Selepas 17 tahun aktif dalam bidang seni, saya mahu meluangkan lebih banyak masa bersama anak,” katanya.

Tahun lalu, pelakon itu membintangi dalam dua filem, Ki & Ka dan Udta Punjab.

Nama Kareena mula menjadi perhatian ramai selepas berlakon dalam filem popular Kabhi Khushi Kabhie Gham pada 2001.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China longgarkan lagi peraturan COVID

BEIJING, 2 DIS – Bandar di seluruh China membatalkan arahan sekatan COVID hari ini dengan melonggarkan peraturan ujian dan kuarantin susulan protes di seluruh...
- Advertisment -