Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Karier Li Yi Feng hancur sekelip mata

    Aktor terkenal China, Li Yi Feng, yang mempunyai kira-kira 60 juta pengikut di Weibo, telah mengejutkan peminatnya apabila dia ditangkap polis atas tuduhan melanggan pelacur, baru-baru ini.

    Pelacuran merupakan satu kesalahan di China dan mereka yang ditangkap, berdepan hukuman penjara 15 hari dan denda maksimum sebanyak RM3,248.

    Berita tangkapan Yi Feng telah heboh diperkatakan sejak hujung bulan Ogos lagi apabila dia tidak hadir pada satu acara melibatkan jenama terkenal yang diadakan pada 2 September lalu.

    Namun Yi Feng menafikannya dan membuat penstriman langsung untuk memaklumkan kepada peminatnya bahawa dia tidak dapat menghadiri acara tersebut disebabkan masalah lain.

    Malah pada malam 10 September, Yi Feng sekali lagi menulis di dalam Weibonya memaklumkan kepada peminatnya bahawa berita penangkapannya hanya khabar angin semata-mata.

    Li Yi Feng telah mengejutkan peminatnya apabila dia ditangkap polis atas tuduhan melanggan pelacur, baru-baru ini. – Agensi

    Bagaimanapun tidak lama selepas kenyataan itu dikeluarkan, Weibo telah memadamnya sekali gus mencetuskan tanda tanya ramai hinggalah keesokannya polis Beijing mengesahkan tangkapan Yi Feng.

    Dia ditahan di bawah tuduhan jenayah kerana beberapa kali melanggan pelacur dan Yi Feng dilaporkan telah mengaku melakukan perbuatan berkenaan.

    Sebaik tersebar berita berkenaan, Yi Feng kehilangan 300,000 pengikut Weibo dalam masa semalaman dan jumlah pengikutnya semakin berkurang. Warganet turut meluahkan kekecewaan di dalam akaun Weibo Yi Feng.

    Susulan itu, sekurang-kurangnya 11 jenama termasuk Zhenguoli, Prada, Luk Fook Jewelry, Panerai, Sensodyne dan RemyMartin telah menamatkan kerjasama. Ia bakal menyaksikan tuntutan pampasan daripada jenama-jenama berkenaan ke atas Yi Feng.

    Berita tangkapan itu juga mengakibatkan program Yi Feng untuk Festival Pertengahan Musim Luruh di CCTV dibatalkan manakala pencalonannya untuk anugerah Golden Eagle Award mengalami nasib yang sama.

    Ternyata kini kariernya dalam bidang hiburan China musnah sama sekali. Yi Feng terkenal dalam drama Swords of Legends (2014), The Lost Tomb (2015), Noble Aspirations (2016) dan Sparrow (2016) serta Mr.Six (2015) di mana Yi Feng memenangi kategori Pelakon Pembantu Terbaik bagi anugerah Hundred Flowers.

    Popularitinya itu yang melayakkan dia berada di kedudukan ke-9 Forbes untuk selebriti China pada 2015, kedudukan ke-11 (2017) serta ke-26 (2019).

    Namanya kini tidak lagi kelihatan dalam pencarian di NetEase Cloud Music dan QQ. Mango TV juga telah memadamkan filem dan drama lakonannya. Bukan itu sahaja, dua filemnya, iaitu Playground dan Animal World 2 yang dibintangi pada tahun ini bakal terjejas. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...