Karier ragbi Hunt masih kabur
SYDNEY, 31 Dis – Bintang Wallabies dan Queensland Red, Karmichael Hunt secara sukarela melepaskan semua tanggungjawab ragbi yang berkontrak selepas didakwa memiliki dadah, kata peguamnya semalam. Hunt, bekas pemain liga ragbi antarabangsa yang membuat kemunculan bersama Wallabies tahun ini, ditahan bersama seorang lagi lelaki di Brisbane awal pagi semalam ketika ” perhentian biasa di jalan”.


































