Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Mei – Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi, NBT (B) Sdn Bhd hari ini mengadakan Karnival Ceria Mini NBT yang berlangsung selama dua hari bertempat di NBT cawangan Bunut.
Pelbagai aktiviti menarik telah diatur semasa acara berkenaan berlangsung, yang turut menampilkan peniaga makanan tempatan, pertandingan mewarna bagi kanak-kanak serta pertunjukan binatang dan sebagainya.
Pada karnival berkenaan, para pengunjung dapat menyaksikan secara langsung beberapa model-model Toyota terkini di Bilik Pameran NBT, antaranya Toyota Camry terbaharu yang diperkenalkan awal tahun ini.
Antara objektif karnival berkenaan diadakan adalah bagi memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai cawangan NBT, selain menawarkan beberapa promosi sempena menjelangnya sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Selain itu menurut konsultan jualan NBT Bunut, Stanley Sindai ketika ditemui Media Permata menjelaskan bahawa para pengunjung karnival berpeluang untuk mendapatkan baucar dari NBT bagi mereka yang melakukan uji pandu di sana, selain berpeluang memenangi hadiah menarik berupa wang tunai dan sebagainya bagi pelanggan yang menyertai peraduan Guest & Win.
Manakala Toyota turut memperlihatkan Thrill Series Limited Edition Body Kits, yang sememangnya dapat menyerlahkan lagi kemantapan reka bentuk bahagian luar kenderaan semasa acara itu berlangsung.
Sementara itu bagi kempen Hari-hari Raya, para pelanggan yang membuat sebarang pembelian bagi mana-mana model Toyota bermula April lalu hingga Mei akan berpeluang untuk memenangi dua peluang bagi mendapatkan pelbagai hadiah-hadiah menarik bernilai sehingga $50,000.