Karnival GHK Motors 15 Januari ini

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Jan – GHK Motors Sdn Bhd akan mengadakan Karnival GHK Motors dengan kerjasama rakan kongsi peniaga pada 15 Januari ini dari jam 9 pagi hingga 4:30 petang di Bilik Pameran GHK, Beribi.

Acara tersebut adalah bersempena dengan penandatanganan kad keistimewaan GHK Motors terbaru di antara GHK Motors dan rakan-rakan kongsi peniaga.

Eksekutif Pemasaran GHK Motors Sdn Bhd, Dayang Nur Nabilah A.Zaini pada sidang media menjelaskan, acara sehari itu bertujuan sebagai penjenamaan semula dan mempromosi kad keistimewaan kepada orang ramai terutama para pelanggan yang dihargai.

Dengan kad tersebut, pelanggan layak untuk menerima potongan harga eksklusif dan promosi bagi mana-mana jenama kereta di bawah GHK Motors dan rakan kongsi niaga GHK Motors.

Karnival itu nanti akan menyediakan pelbagai permainan dan aktiviti seperti peraduan mewarna dan cabutan bertuah yang dianjurkan oleh rakan kongsi niaga GHK Motors. Selain itu, pelanggan juga akan diberikan peluang untuk menikmati ais krim, selain melakukan aktiviti seperti melukis muka dan bermain bouncer semua secara percuma.

Kad keistimewaan GHK Motors yang lama ditukar dengan kad baru (bawah), pendaftaran kad baru secara percuma hanya ditawarkan dari 15 Januari hingga 31 Mac 2017 dengan membawa kad keistimewaan yang lama, kad pengenalan dan salinan Blue Card.
Kad keistimewaan GHK Motors yang lama ditukar dengan kad baru (bawah), pendaftaran kad baru secara percuma hanya ditawarkan dari 15 Januari hingga 31 Mac 2017 dengan membawa kad keistimewaan yang lama, kad pengenalan dan salinan Blue Card.

Sehubungan itu, GHK Motors mengalu-alukan kedatangan orang ramai untuk berhibur pada tahun baru 2017 ini dan berseronok di karnival tersebut.

Pemegang kad keistimewaan GHK Motors disarankan untuk membawa kad lama mereka untuk ditukar dengan yang baru secara percuma. Pendaftaran semula kepada kad baru secara percuma hanya ditawarkan dari 15 Januari hingga 31 Mac 2017 dengan membawa kad keistimewaan lama, kad pengenalan dan salinan Blue Card.

Bagi Peraduan Mewarna Kanak-kanak, ibu bapa atau penjaga boleh menempah kekosongan untuk anak mereka lebih awal. Peraduan tersebut dibahagikan kepada dua kategori iaitu Kategori Umur Tiga hingga Enam Tahun dan Kategori Umur Tujuh hingga 12 tahun. Orang ramai boleh menghubungi 2428632.