Karnival London ketengah isu perkauman

LONDON – Penganjur pesta jalanan terbesar di Eropah, yang memperjuangkan pembebasan hamba-hamba berkulit hitam dan rusuhan perkauman di London semasa penghujung 1950an, mengatakan acara itu lebih penting lagi sekarang di tengah-tengah kempen keadilan di seluruh dunia setelah George Floyd meninggal dunia semasa di bawah tahanan pihak polis di Minneapolis.

Tetapi mesej penentangan dan perdamaian akan disampaikan secara dalam talian di seluruh dunia pada hujung minggu ini selepas pendemik COVID-19 memaksa Karnival Notting Hill London untuk mengubah acara mereka secara maya.

Meskipun ia tidak sama dengan sebelum ini, karnival tersebut mesti diraikan sebagai tanda pembebasan golongan berkulit hitam, kata Clary Salandy, seorang pengarah artistik dari Karnival Kesenian Mahogany, dengan mereka kostum yang mempunyai warna cerah yang pada dasarnya adalah patung yang boleh dipakai – setinggi 15 kaki – untuk penari karnival.

“Kami tidak dapat turun di jalan-jalan,” katanya. “Tetapi karnival masih lagi meriah”.

Karnival Notting Hill adalah hasil daripada kemasukan imigran berkulit hitam yang datang ke Britain dari bekas jajahannya untuk membantu membina semula negara itu setelah Perang Dunia Kedua.

Kostum yang berwarna-warni sering dipakai oleh penari telah memeriahkan karnival yang biasanya menarik jutaan pengunjung ke perarakan penari berkostum tersebut. – AP
Para peserta yang mengambil bahagian dalam Karnival Notting Hill London yang akan diadakan secara maya pada hujung minggu ini. Karnival tersebut bertujuan memperjuangkan pembebasan hamba-hamba berkulit hitam. – AP

Kemasukan jumlah imigran yang ramai telah menimbulkan ketegangan dalam masyarakat Britain, dengan diskriminasi yang meluas di bahagian perumahan dan pekerjaan telah menyebabkan rusuhan pada 1958. Tahun seterusnya, aktivis kulit hitam, Claudia Jones menganjurkan sebuah karnival tarian di dewan bandar St. Pancras bagi mengumpul dana memperjuangkan mereka yang ditangkap dalam kemelut itu.

Pada 1966, karnival telah diadakan di jalan-jalan Notting Hill, salah sebuah tempat di Londan di mana pemilik-pemilik tanah telah menyewakan kepada golongan komuniti berkulit hitam. Sambutan budaya Afro-Caribbean telah berkembang menjadi pesta jalanan selama dua hari yang telah menarik jutaan pengunjung ke perarakan penari berkostum, kumpulan dram dan tempat barbeku yang menyajikan hidangan ayam panggang dan buah plantain.

Tahun ini, elemen-elemen acara akan dirakam dan disiarkan ke seluruh dunia pada 29 hingga 31 Ogos, hujung minggu yang panjang di mana secara tradisinya mengakhiri cuti musim panas Britain. Satu saluran akan memfokuskan pada perarakan, termasuk para penari memakai perhiasan kepala berwarna-warni di Notting Hill, sambil memakai topeng dan seni bergerak. Yang lain akan mempersembahkan muzik, membincangkan mengenai budaya dan memperkenalkan makanan dan minuman.

Pengarah Eksekutif, Matthew Phillip berkata bahawa format dalam talian memberikan peluang untuk mencapai lebih ramai penonton.

“Dengan keselesaan berada di rumah, anda tidak akan terdedah kepada hiburan karnival tetapi juga mereka yang menyertai karnival dan mendengar cerita bagaimana karnival tersebut diadakan dan perjuangan yang mereka lalui,” katanya.

Tema tahun ini termasuk pergerakan ‘Black Lives Matter’ dan sambutan untuk Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan Britain, yang berusaha untuk mengawal pandemik yang melanda komuniti berkulit hitam lebih teruk berbanding yang lain.

Antara yang akan mengambil bahagian ialah Carolyn Roberts-Griffith, yang baru-baru ini mempamerkan replika timbangan keadilan yang akan dipikulnya di bahunya, memiringkan patung kuning kenari dengan anggun ketika bergerak.

Kostum itu mewujudkan perjuangan untuk mendapatkan layanan sama rata di bawah undang-undang, katanya.

“Itulah apa yang kami mahukan,” katanya sambil menitiskan air mata. “Kami inginkan kesamarataan”.

Penyertaan tahun ini berharap mesej karnival akan membantu untuk mengatasi kekurangan interaksi manusia. Mereka ingin menyampaikan kisah di mana semangat dan protes yang ditimbulkan oleh kematian Floyd dan pandemik COVID-19 yang telah melanda komuniti berkulit hitam dan kumpulan minoriti yang lain. – AFP