Sunday, March 16, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Karnival Makanan 28 Sept – 1 Okt

    Oleh Yusrin Junaidi

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Sept – Mobile World Enterprise buat pertama kali akan mengadakan Karnival Makanan bermula 28 September hingga 1 Oktober 2017 ini di Mobile World, Pangkalan Gadong.

    Semasa sidang media di salah sebuah restoran di Kiulap, Pengurus Acara Karnival Makanan, Awang Mohd Aiman bin Awang Mohammad menjelaskan, sepanjang karnival empat hari itu lebih 10 buah syarikat makanan akan menawarkan pelbagai jenis makanan menarik dan unik.

    Karnival Makanan berkenaan juga bertujuan untuk mempromosikan pelbagai acara dan aktiviti serta menyediakan platform baru untuk membantu golongan muda memulakan perniagaan mereka.

    Antara yang menyertai Karnival Makanan itu adalah KFC, Jollibee, Syarikat Perniagaan Malar Setia, Sehat, Freezy Shushi Takoyaki dan banyak lagi.

    “Tujuan karnival ini diadakan bukan hanya untuk memperkenalkan makanan, malah turut membawa misi yang lebih besar iaitu mengeratkan hubungan di antara pelanggan dan Mobile World, di samping mewujudkan peluang perniagaan bagi usahawan muda tempatan,” ujar Awang Mohd Aiman.

    Sepanjang karnival berkenaan, cabutan bertuah juga akan diadakan dengan menawarkan pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi.

    Setiap pembelian makanan di karnival berkenaan, pelanggan akan diberikan satu kupon untuk menyertai cabutan bertuah bermula 29 September hingga 1 Oktober.

    Hadiah-hadiah utama yang akan dimenangi adalah tiga telefon pintar terkini seperti Oppo A37, Vivo, dan Nubia M2Lite di samping 30 hadiah menarik lain.

    Sementara itu, sempena Karnival Makanan berkenaan, Mobile World juga menawarkan promosi menarik seperti Beli 1 Percuma 1, diskaun separuh harga dan banyak lagi sepanjang karnival itu yang dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda