Saturday, September 30, 2023
23.3 C
Brunei

    -

    Kartik Aaryan simpan impian untuk sertai Marvel

    Bangga dengan kejayaan filem lakonannya berjudul Bhool Bhulaiyaa 2, pelakon Kartik Aaryan kini mengimpikan untuk menjadi sebahagian dari filem Marvel Cinematic Universe (MCU).

    Menurut Kartik, dia menyimpan impian itu selepas melihat kehebatan filem terbitan Marvel terbaharu iaitu Doctor Strange in the Multiverse of Madness baru-baru ini.

    Malah, pelakon berusia 32 tahun itu juga memuji penghasilan filem tersebut yang dilihat telah mencipta satu magik.

    “Saya ada menonton filem Dr. Strange di panggung wayang baru-baru ini. Dan saya terus terfikir yang saya mahu menjadi sebahagian dari Marvel.

    “Mereka sangat mengetahui bagaimana untuk cipta magik,” katanya. – Agensi

    Kartik Aaryan kini mengimpikan untuk menjadi sebahagian dari filem MCU. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Singa baham tuan

    TOKYO, 29 SEPT – Seorang penjaga zoo di taman safari Jepun terbunuh selepas seekor singa dipercayai menyerangnya ketika dia cuba membawa haiwan itu masuk...