Thursday, March 23, 2023
22.9 C
Brunei

-

Kartik Aaryan tolak gelaran Raja Bollywood

Dikatakan bakal menggantikan pelakon terkenal, Shah Rukh Khan, pelakon Kartik Aaryan mengakui dia masih belum bersedia untuk menerima gelaran ‘Raja Bollywood’.

Memetik laporan Hindustantimes, Kartik memberitahu perjalanan dalam karier seninya masih jauh dan tidak sesuai lagi untuk berada satu taraf dengan Shah Rukh Khan.

Bagaimanapun, pelakon yang kian menjadi kegilaan ramai itu secara berseloroh berkata dia bersedia untuk mengambil gelaran sebagai ‘putera raja’.

“Saya tidak tahu tentang kepentingannya tetapi setiap kali saya mendapat gelaran ‘Raja’, sudah tentu saya berasa baik pada mulanya. Saya rasa, saya tidak mahu menerima gelaran raja.

“Saya masih mempunyai perjalanan yang jauh, jadi masih awal untuk mengatakannya. Tapi saya akan mengambil gelaran ‘putera raja’, saya bergurau,” katanya.

Dalam pada itu, Kartik meluahkan rasa gembira dengan sokongan yang diterima semenjak kejayaan filem Sonu Ke Titu Ki Sweety, Pyaar Ka Punchnama dan terbaharu Bhool Bhulaiyaa 2. – Agensi

Kartik Aaryan dikatakan pengganti Shah Rukh Khan. – Agensi
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun perlu lupakan sejarah lampau

SEOUL, 21 MAC - Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol hari ini berkata hubungan dua hala antara Korea Selatan dan Jepun perlu bergerak ke...
- Advertisment -