Wednesday, April 24, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Karya lain disembunyi di sebalik kanvas

    THE HAGUE, 6 OKT – Pakar seni di Belanda berkata mereka telah menemui lukisan penting dihasilkan oleh Cubist Perancis Fernand Leger yang telah disembunyikan lebih satu abad di belakang kanvas lain, hari ini.

    Karya yang tidak diketahui ‘Smoke over the Rooftops’, dipercayai bertarikh dari tahun 1911 hingga 1912, berada di sebalik ‘Bastille Day’, yang dihasilkan setahun kemudian, menurut pakar pemuliharaan Studio Redivivus.

    Fizikalnya yang separa rosak dan ditutup dengan lapisan seperti gam keras, hilang selama bertahun-tahun, kini ia telah dipulihkan dan mendedahkan titik tolak karya Leger, seorang pelukis kontemporari Picasso.

    Karya tersebut dipercayai sebahagian daripada siri di mana Leger melukis pemandangan dari studionya di latar langit Paris ke arah Notre Dame, berulang kali memfokuskan pada cerobong asap.

    Karya sejarawan kesenian Belanda, Sjraar van Heugten berkata sebelum ini hanya tujuh daripada lukisan bersiri tersebut diketahui masih wujud, dan karya baharu tersebut menunjukkan kemajuan yang sangat penting dalam perkembangan penggunaan warna dan abstraksi Leger.

    Kisah karya Leger yang hilang bermula sekitar 110 tahun yang lalu apabila artis (1881-1955) memberikan lukisan ‘Bastille Day’ kepada rakannya Marc Duchene sebagai hadiah perkahwinan pada tahun 1912 atau 1913.

    Tetapi Duchene terbunuh dalam Perang Dunia I, dan ketika lukisan tersebut dalam jagaan keluarganya, “bermaksud kenangan sedih” bermakna ia tidak pernah dipamerkan dan “terus tidak diketahui selama bertahun-tahun”, menurut Van Heugten. – AFP

    Gambar fail menunjukkan bahagian hadapan lukisan ‘Le quatorze juillet’ (Bastille Day) oleh pelukis Perancis Fernand Leger, dengan karya yang baharu ditemui oleh Leger (1881-1955) di belakang kanvas, menurut pakar, dipaparkan di The Hague, Belanda, 5 Oktober. – AFP
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...