Monday, February 17, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Karya lukisan seni permaidani

    KITA telah melihat artis seni menggunakan pelbagai jenis kanvas pada masa lalu, dari tuala kertas, sayap kupu-kupu sehinggalah dedaunan, namun tidak terbayang pada permaidani mereka sendiri.

    Ini telah dilakukan oleh pengguna Twitter daria Jepun, @agito0219. Kini anda boleh menambah permaidani dalam senarai sebagai kanvas lukisan anda.

    Seni @seniagito0219 ini amat ringkas tapi mengagumkan. Jika anda pernah menvakum karpet anda, anda mungkin sudah tahu yang ianya mempunyai dua sisi berbeza. Apabila anda memberus atau menggosok fiber pada satu sisi, anda akan mendapati satu sisinya. Namun apabila anda menggosoknya lagi, anda akan mendapati corak warna yang berbeza, bergantung kepada jenis permaidani tersebut. Itulah sifat dua sisi permaidani yang mana @agito0219 menggunakan sebaiknya untuk mencipta sebuah karya seni yang rumit dan bersifat seketika.

    Seni @agito0219 ini telah menjadi tular pada penghujung tahun lalu, apabila beberapa karya seni permaidaninya telah dipos ke laman Reddit. – Agensi
    Seni @seniagito0219 ini amat ringkas tetapi mengagumkan di mana dia menggunakan permaidani sebagai kanvasnya. – Agensi

    Dengan menggunakan pelbagai jenis alat tidak konvensional, seperti kad kredit, untuk memberus permaidani tersebut, artis seni dari Jepun ini telah mencipta pelbagai jenis karya seni yang menarik yang diilhamkan dari manga dan anime. Dari watak Gundam Mechas sehinggalah heroin animasi Jepun dan haiwan-haiwan comel, semua itu dapat dihasilkan oleh @agito0219 melalui permaidaninya.

    Seni @agito0219 ini telah menjadi tular pada penghujung tahun lalu, apabila beberapa karya seni permaidaninya telah dipos ke laman Reddit. Meskipun ia telah menarik ribuan peminat melalui lukisan uniknya itu, namun artis seni Jepun ini enggan memaparkan raut wajahnya.

    Sebaliknya dia memilih untuk menyembunyikan wajahnya setiap kali dia menyiarkan gambar dirinya dalam laman sosial media. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda