Thursday, February 20, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Karya seni mantapkan hubungan diplomatik

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 April – Sebuah lukisan ‘Abode of Happines telah diserahkan kepada Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Dato Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, di bangunan kementerian berkenaan hari ini.

    Lukisan merupakan karya tiga orang pelukis dari Akademi Kesenian China sewaktu pameran bersama yang diadakan di Muzium Maritim, Bandar Seri Begawan pada 22 November sehingga 20 Disember 2016.

    Pameran tersebut dianjurkan bersama oleh Kedutaan Republik Rakyat China dan Jabatan Muzium-muzium Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS). Pelukis ternama negara dan Republik Rakyat China bergabung mempamerkan karya tersebut sempena 25 tahun hubungan diplomatik antara kedua-dua buah negara dan lukisan itu dihasilkan khusus buat KKBS sebagai tanda penghargaan dan setia kawan.

    Ia diserahkan oleh Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam, Yang Jian kepada Yang Berhormat Pehin. Turut hadir pada majlis penyerahan itu ialah Setiausaha-setiausaha Tetap KKBS, Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil dan Haji Noor Jusmin bin Haji Abdul Samad.

    Yang Berhormat Pehin semasa menerima cenderahati berupa lukisan daripada Yang Jian.
    Yang Berhormat Pehin semasa menerima cenderahati berupa lukisan daripada Yang Jian.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda