Karya seni Picasso catat jualan AS$108.9 juta

LAS VEGAS, 24 OKT – Sejumlah 11 karya seni Pablo Picasso memperoleh bidaan AS$108.9 juta pada lelongan Sotheby’s di Las Vegas, semalam.

Karya itu mendapat sambutan hangat di hotel dan kasino Bellagio yang terkenal dengan koleksi seni yang luas, menjelang ulang tahun ke-140 pelukis Sepanyol itu.

Karya-karya dimiliki MGM Resorts yang turut dilelong adalah ‘Femme au beret rouge-orange’ atau ‘potret wanita bertopi merah-jingga’, iaitu salah satu potret terakhir sumber inspirasi Picasso, Marie-Therese Walter.

Ia dijual hampir AS$40.5 juta melangkaui jangkaan lelongan yang diunjur antara AS$20 juta hingga AS$30 juta.

“Lukisan yang dihasilkan pada Januari 1938, yang menampilkan kekasihnya, Threse Walter, adalah pencapaian tertinggi sepanjang karya Picasso yang paling memberi inspirasi dan produktif,” kata Sotheby’s menerusi Twitter.

Dua potret ikonik tahun-tahun terakhir kehidupan pelukis itu turut dijual, antaranya ‘Homme et enfant’ (Bapa dan anak) pada harga AS$24.4 juta dan Buste d’homme (arca patung lelaki) dijual pada harga AS$9.5 juta walaupun diunjurkan boleh mencecah bidaan AS$10 juta.

Beberapa karya lain yang dijual adalah hasil seramik, karya di atas kertas dan lukisan objek. – AFP

Seorang tetamu merakam gambar menggunakan telefon pintarnya semasa lelongan seni Pablo Picasso di Las Vegas pada 23 Oktober. – AFP