Thursday, April 24, 2025
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kasari pemain lawan, gaji ditahan

    BEIJING, 14 Mac – Shanghai Shenhua akan menahan gaji pemain antarabangsa China Qin Sheng untuk baki musim ini selepas membidas ‘sikap keji’ midfield itu sehingga menjejaskan pemain dari Belgium Axel Witsel pada hujung minggu.

    Qin dilayangkan kad merah kerana menghentak kaki pemain Tianjian Quanjian itu ketika mereka berebut kedudukan di depan gawang Quanjian ketika menanti sepakan sudut dalam perlawanan yang dicemari kekasaran Sabtu lalu.

    Qin menghadapi penggantungan tiga perlawanan dalam Liga Super kerana dilayangkan kad merah tetapi kelab itu lebih sukar selepas Qin didenda 300,000 yuan (AS$43,380) .

    Mereka juga menggugurkannya untuk beraksi dengan skuad simpanan dan menahan gajinya untuk baki musim tahun ini, menurut pengumuman pasukan itu semalam.

    Qin mungkin akan menerima gajinya jika dia bersikap baik, kata kenyataan sambil menambah pada masa sama dia hanya akan diberikan elaun asas.

    “Sikap keji ini adalah pelanggaran peribadi, pelanggaran peraturan dan etika sukan. Ia mempunyai impak negatif besar ke atas kelab dan juga bola sepak China secara keseluruhannya,” kata kenyataan kelab itu.

    Qin telah mengeluarkan permohonan maaf dengan menyatakan: “Dalam aksi sebelumnya, saya mempamerkan sikap yang tidak rasional, menyebabkan kecederaan kepada pemain lawan, menjejaskan keputusan pasukan dan mencipta tanggapan yang negatif,” katanya dalam akaun rasmi Weibo atau Twitter versi China pada Ahad lalu. Dia menggelar tindakannya itu ‘kasar’. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda