Monday, October 7, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kasih William, Harry terhadap ibunya tetap utuh

    LONDON – Dua dekad sejak kematian Puteri Diana, anak-anak lelakinya iaitu Putera William dan Harry sedang berusaha untuk menjaga warisan ibunya itu hidup dengan penghormatan emosional yang luar biasa selepas beberapa tahun sunyi tanpa berita.

    Bagi mengenang kembali ulang tahun ke-20 kematian Puteri Diana pada 31 Ogos ini, dua adik-beradik itu telah menyuarakan buat kali pertama mengenai ibu mereka itu, samaada dari segi hidupnya dan impaknya kepada mereka serta usaha-usaha yang berjaya dikecapi oleh Puteri Diana itu.

    William berusia 15 tahun dan Harry 12 tahun ketika Diana meninggal dunia akibat kemalangan kereta yang berlaku di Paris pada tahun 1997. Sejauh manakah kesan daripada tragedi ini buat William dan Harry?

    “Sepanjang 20 tahun ini, Harry dan saya merasakan bahawa yang ia bukanlah satu masa yang sesuai untuk merungkai selanjutnya mengenai ibu kami ini,” kata William.

    “Kami tidak akan berbicara secara terbuka atau umum mengenainya lagi.”

    Gambar fail pada 19 Ogos 1995 menunjukkan Puteri Diana (kiri) dan kedua puteranya, Putera Harry (tengah) dan Putera William semasa upacara memperingati VJ Day di London. – AFP
    Bagi mengenang kembali ulang tahun ke-20 kematian Puteri Diana pada 31 Ogos ini, dua adik-beradik itu telah menyuarakan buat kali pertama mengenai ibu mereka itu, samaada dari segi hidupnya dan impaknya kepada mereka dan usaha-usaha yang berjaya dikecapi oleh Puteri Diana itu.

    Kedua adik-beradik ini terlihat dalam satu program berdurasi 90 minit bertajuk ‘Diana, ibu kami: Kehidupan dan Legasinya’ yang disiarkan oleh saluran British ITV awal tahun ini.

    “Ini adalah kali pertama kedua-dua kami bercakap mengenainya sebagai seorang ibu. Kebenaran mengenai isu ini mungkin mentah sehinggalah ke tahap ini. Ia masih mentah,” kata Harry.

    Harry baru-baru ini mendedahkan bahawa beliau mencari bantuan dalam beberapa tahun kebelakangan ini ketika beliau berjuang untuk menangani kesedihan yang melanda keatas dirinya itu. Pada tahun 2007, kedua putera ini telah mengadakan sebuah konsert kebajikan di Stadium Wembley dan upacara peringatan di mana Harry memberi satu penghormatan.

    Tetapi tahun ini, pasangan adik-beradik ini buat kali pertama telah meluahkan rasa emosi mereka yang terpendam selama ini. Dalam satu temu bual dengan majalah Newsweek, Harry cuba mendedahkan dan berbicara mengenai trauma yang dialaminya semasa beliau berjalan lalu di belakang keranda ibunya di sepanjang jalan London bagi majlis pengebumian.

    “Saya berfikir bahawa ia bukanlah satu yang dimahukan bagi mana-mana kanak-kanak, dalam apa jua keadaan. Saya tidak berfikir ianya akan berlaku pada hari ini,” katanya.

    Sepanjang 20 tahun yang penuh ketegangan dan emosi ini, ramai daripada rakyat Britain menyuarakan kemarahan atas kurangnya empati terhadap penubuhan kerajaan itu. Sebahagian daripada mereka ini merasakan bahawa ahli kerabat diraja lainnya merasa gembira dengan perhatian yang ditujukan kepada Puteri Diana dapat dialihkan.

    Patrick Jephson, bekas setiausaha peribadi Diana, berkata bahawa puteri itu berjaya dialihkan.

    “Terdapat beberapa tempoh sejak kematiannya di mana badan diraja itu merasa tidak pasti bagaimana untuk merawat kembali memori kenangan pada Puteri Diana ini,” katanya kepada AFP.

    “Selama hampir dua dekad yang lalu, nama beliau tidak boleh diperkatakan atau dituturkan dalam kalangan kaum kerabat diraja.

    “Oleh itu, terdapatnya sedikit unsur-unsur penipuan dan kepastian bahawa anak-anaknya ini telah berkata ‘Tidak, ada banyak kenangan-kenangan manis yang perlu dikenang kembali, mari kita meraikan kehidupan beliau ini’.”

    Putera William dan Harry masih merasa sayu memperingati hari kematian dan pengebumian ibu mereka, Puteri Diana di mana William berusia 15 tahun dan Harry 12 tahun ketika Diana meninggal dunia akibat kemalangan kereta yang berlaku di Paris pada tahun 1997.

    Kedua adik-beradik ini telah diberi tugas khas bagi pembinaan arca Puteri Diana yang akan dipamerkan kepada orang awam di Istana Kensington, rumah mereka dan juga rumah bagi ibu mereka. Sebuah taman telah dibina di Istana London sebagai satu penghormatan kepada Diana.

    Putera-putera ini juga telah menghadiri satu majlis peringatan persendirian pada 1 Julai lalu yang didedikasikan khas bagi ibu mereka itu di tanah perkuburannya bersempena hari ulang tahun Diana ke-56.

    Dalam tugas-tugas diraja mereka, William, 35, dan Harry, 32, juga membawa dan meneruskan legasi khidmat ibu mereka itu. Lawatan Diana ke kawasan periuk api di Angola telah membawa pergerakan ke arah perjanjian larangan ranjau letupan darat tahun 1997.

    Pada tahun 1980-an, semasa lawatannya menemui pesakit-pesakit AIDS, beliau (Puteri Diana) sempat berinteraksi bersama mereka. Ia merupakan satu perkara yang luar biasa pada masa itu, yang mana telah membantu memecahkan stigma masyarakat terhadap penyakit itu.

    Hasil dorongan Harry mengenai pembersihan ranjau letupan darat dan membuat ujian HIV, secara tidak langsung dapat memacu dan meneruskan kempen-kempen yang diusahakan oleh ibunya itu, manakala William pula telah membuat kerja-kerja bagi pembinaan tempat-tempat perlindungan buat mereka yang tiada tempat berteduh dan juga membantu mereka yang kehilangan atau kematian anak.

    Kerjasama mereka dalam isu kesihatan mental – yang mana memperlihatkan Harry dalam keperluan beliau untuk mengatasi trauma kematian ibunya – juga menyentuh mengenai kempen-kempen Diana. Harry berkata bahawa beliau dan William masih terbayang-terbayang apa yang mungkin Diana lakukan buat masa ini jika beliau masih hidup.

    “Tidak ada satu hari pun yang William dan saya tidak memikirkan mengenainya. Kami masih membayangkan bagaimanakah rupa bentuk dan sifat ibunya jika beliau masih hidup dan apakah peranannya dalam masyarakat buat masa ini dan juga apakah pembaharuan yang beliau akan lakukan,” katanya.

    Jephson berkata warisan terbesar Diana adalah anak-anaknya.

    Beliau berkata: “Kami dapat melihat identiti dan sifat-sifat beliau pada anak-anaknya – terutamanya dalam keupayaannya (Puteri Diana) dapat menggabungkan antara royalti diraja dan juga masyarakat awam.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda