Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Kasihnya bapa saudara

    KUALA LUMPUR, 21 JULAI – Meskipun sudah dimamah usia, seorang lelaki sanggup bergegas di bawah terik matahari semata-mata untuk membantu anak saudaranya yang tiba-tiba tumbang ketika berkawad.

    Menurut laporan Berita Harian, insiden itu memperlihatkan ketulusan kasih seorang lelaki yang ibarat bapa kepada anak yatim dikenali Nik Mohd Adhar itu, nyata menyentuh hati hadirin sempena Hari Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di Maktab Penjara Kajang, hari ini.

    Bayangkan dalam keadaan dirinya sendiri sudah dimamah usia, lelaki yang sebelum itu berada di khemah tetamu segera berlari tanpa menghiraukan selipar dipakainya yang tertanggal, semata-mata untuk membantu anak saudaranya itu yang terbaring.

    Tidak hairanlah ramai hadirin mengalirkan air mata menyaksikan detik itu, apatah lagi lelaki turut menggunakan tubuh tuanya sebagai benteng bagi mengelak anak muda itu kembali rebah. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, yang berada di lokasi turut sebak melihat ketulusan kasih lelaki itu meskipun yang tumbang itu bukan anak kandungnya sendiri.

    Berkongsi detik itu melalui akuan Facebooknya, beliau mengakui banyak yang tersirat di sebalik turutan gambar yang turut dikongsi.

    “Ketika anaknya (anak saudaranya) terkujur tatkala berkawad, kerana menahan terik mentari, berlari si ayah (bapa saudara) menerpa dari arah khemah tetamu.

    “Sehingga terlucut selipar yang disarung, namun tidak diendahkan, asalkan beliau berada di sisi anak (anak saudaranya) dalam sekelip mata.

    “Melihatkan pengorbanan tidak terperi seorang ‘ayah’, berjurai air mata hadirin membasahi pipi masing-masing. Saya tidak terkecuali,” tulis beliau pada keterangan gambar dalam catatan Facebook hari ini. – Agensi

    Foto ihsan KPDNHEP menunjukkan lelaki itu menjadikan tubuhnya sebagai benteng membantu anak saudaranya berdiri.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...