Kasma Daniel umum tinggalkan SAG Team

KUALA LUMPUR, 24 DIS – Pelumba Moto2 negara Malaysia, Kasma Daniel Kasmayudin, mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak sedia ada bersama pasukan dari Sepanyol SAG Team, untuk Kejuaraan Dunia Moto2 musim hadapan.

Tanpa memberikan alasan kukuh pelumba berusia 20 tahun itu mendedahkan, musim ini merupakan tahun yang mencabar bagi dirinya, namun berterima kasih kepada pasukan berkenaan yang sentiasa membantunya, sejak mewakili pasukan itu tahun ini.

Anak jati Johor itu masih mempunyai kontrak bersama SAG Team sehingga akhir 2022.

“Saya bersyukur dengan pengalaman dan bimbingan yang diberikan oleh SAG kepada saya.” – Bernama