Kastam China rampas lebih 1,000 ekstrak plasenta manusia

JINAN, 14 Mei – Pegawai kastam di bandar Qingdao, timur Wilayah Shandong China, berkata mereka telah merampas sejumlah besar ekstrak plasenta manusia daripada sebuah kapal terbang yang memasuki negara itu.

Kastam Qingdao berkata pada petang semalam bahawa mereka mengesan barangan yang disyaki dalam bagasi menerusi imbasan CT dan mengesahkan bahawa ia adalah 1,250 unit suntikan ekstrak plasenta manusia.

Seorang penumpang China cuba membawa suntikan dari Jepun ke China, tanpa dokumen pengisytiharan kastam dan sijil kuarantin. Suntikan ekstrak plasenta manusia adalah produk biologi, yang memerlukan sijil kuarantin khas dan kebenaran apabila masuk atau keluar dari negara.

Kastam Qingdao berkata suntikan ekstrak plasenta manusia yang belum dikuarantin mungkin membawa hepatitis atau HIV, sekali gus menimbulkan risiko kepada pengguna dalam pasaran domestik. – Xinhua