Friday, April 26, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Kastam Pulau Pinang rampas 10.2 juta batang rokok seludup

    BUTTERWORTH, 10 OGOS – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang berjaya merampas sebanyak 10.2 juta batang rokok seludup bernilai RM7.4 juta termasuk cukai dalam serbuan  di Pelabuhan Klang, Selangor pada 1 Ogos lepas.

    Pengarah Kastam Pulau Pinang Datuk Abdul Halim Ramli berkata bertindak hasil maklumat awam dan risikan yang dijalankan, pihak kastam Cawangan Siasatan Khas bersama Bahagian Penguatkuasaan Pulau Pinang telah menahan sebuah kontena di Pelabuhan Klang pada 1.10 tengah hari.

    “Kontena itu kemudiannya telah dibawa ke Bahagian Penguatkuasaan JKDM Pulau Pinang untuk siasatan lanjut dan pemeriksaan rapi terhadap kontena tersebut telah menemui
    1,021 masterclass rokok putih atau seludup yang disyaki tidak  berkastam iaitu sebanyak 10.2 juta batang rokok.

    “Semua rokok seludup itu bernilai RM816,800 dan melibatkan cukai RM6.542 juta, iaitu rampasan tersebut keseluruhannya membabitkan nilai RM7.4 juta,” katanya pada sidang akhbar di Stor Penguatkuasaan Kastam, di Bagan Jermal di sini hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Menteri India pengsan semasa berkempen kerana cuaca panas

    NEW DELHI, 25 APRIL - Seorang menteri India telah pengsan semasa berucap pada perhimpunan pilihan raya kerana cuaca panas ketika biro cuaca negara itu...