Wednesday, February 1, 2023
23.8 C
Brunei

-

Kastam Sabah rampas lebih 6kg syabu

LAHAD DATU, 19 JAN – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Sabah berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah selepas merampas 6.163 kilogram (kg) dadah jenis methamphetamine atau syabu bernilai lebih RM220,000, di sini dan di Tawau, baru-baru ini.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah, Mohd Nasir Deraman, berkata di Lahad Datu, pihaknya merampas 3.083kg syabu dianggarkan bernilai RM 111,006 serta menahan dua lelaki tempatan berumur 23 dan 24 tahun.

“Pihak kastam melakukan serbuan dan cuba menahan kenderaan dinaiki dua suspek terbabit pada 5 Januari lalu di hadapan kedai di Jalan Silabukan, di sini, namun kenderaan suspek melanggar kenderaan anggota penguat kuasa bagi melarikan diri,

“Ekoran itu pasukan serbuan terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah tayar kenderaan suspek sebelum dua lelaki berkenaan berjaya ditahan di Kampung Layung,” katanya, pada sidang media, di sini hari ini.

Di Tawau, Mohd Nasir berkata pihaknya merampas 3.08kg syabu bernilai RM110,880 disimpan di dalam sebuah kotak di terminal pusat kiriman dan penerimaan barang di sana, pada 12 Januari lalu.

Bagaimanapun, katanya, tiada tangkapan dilakukan dan kes masih dalam siasatan serta pihaknya giat mengesan pemilik dadah berkenaan.

“Modus operandi suspek adalah menggunakan perkhidmatan kurier dengan memberi maklumat palsu di slip pos seperti alamat tidak wujud selain perniagaan tidak aktif,” katanya. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hampir 50 maut dalam insiden letupan masjid

PESHAWAR, PAKISTAN, 30 JAN – Pegawai polis antara kira-kira 47 orang terbunuh dan 150 lagi cedera dalam satu letupan di sebuah masjid di dalam...
- Advertisment -