Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Kastam Sabah rampas rokok seludup bernilai RM2 juta

    KOTA KINABALU, 26 OGOS – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah merampas 100,500 bungkus rokok seludup pelbagai jenama bernilai hampir RM2 juta di Jalan Lama Penampang-Papar, Lebuh raya Pan Borneo, dekat sini Sabtu lepas.

    Penolong Ketua Pengarah JKDM Zon Sabah Cheong Yu Min berkata rampasan dilakukan Pasukan Penguatkuasaan Cawangan Operasi Kota Kinabalu selepas menahan sebuah lori tiga tan dalam operasi kira-kira 3:40 petang. Beliau berkata operasi hasil maklumat orang awam itu turut menahan dua lelaki berusia 26 dan 62 tahun.

    “Kesemua 100,500 bungkus rokok pelbagai jenama disyaki tidak berkastam itu dianggar bernilai RM139,100 manakala duti dan cukai terlibat dianggar RM1.86 juta dengan keseluruhannya dianggar bernilai RM1.99 juta. Lori tiga tan yang turut disita dianggarkan bernilai RM25,000,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

    Menurutnya modus operandi individu terlibat adalah mengangkut barang-barang tidak berkastam dengan menggunakan lori tiga tan jenis bonded truck bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

    Cheong berkata kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (e) Akta Kastam 1967 manakala rokok tersebut dipercayai untuk pasaran sekitar Kota Kinabalu dan daerah lain. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...