Tuesday, May 30, 2023
28 C
Brunei

    -

    Kastam Sabah tahan 3 kontena rokok, minuman keras RM1.24 juta

    KOTA KINABALU, 22 SEPT – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah menahan tiga kontena berisi rokok dan minuman keras bernilai RM1.24 juta dalam dua serbuan berasingan di Pelabuhan Sepanggar di sini bulan ini.

    Penolong Ketua Pengarah JKDM Zon Sabah Cheong Yu Min berkata kontena itu berisi 10.2 juta batang rokok putih dan 52,272 liter minuman keras pelbagai jenama melibatkan duti dan cukai berjumlah  RM7.64 juta.

    Beliau berkata serbuan pada 10 Sept dan Ahad lepas (18 Sept) itu dibuat cawangan siasatan khas JKDM dengan kerjasama cawangan import eksport Pelabuhan Sepanggar serta cawangan operasi, marin dan khidmat sokongan, berdasarkan hasil penilaian risiko dan imej imbasan mesin pengimbas yang meragukan.

    “Bagi kes pertama, pegawai serbuan menahan sebuah kontena dianggarkan mengandungi 10.2 juta batang rokok putih; manakala kes kedua pula membabitkan dua lagi kontena dianggarkan mengandungi 52,272 liter minuman keras jenis bir pelbagai jenama disyaki barang larangan yang cuba diseludup masuk.

    “Semua rokok tersebut dianggarkan bernilai RM980,000 manakala anggaran nilai duti dan cukai RM6.82 juta; sementara minuman keras pula dianggarkan bernilai RM261,360 dengan anggaran nilai duti dan cukai terlibat adalah RM816,750,” katanya dalam sidang media di sini hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    ‘Saya sangat letih’

    SYDNEY, 29 MEI – Ketua Menteri yang popular di Australia Barat, Mark McGowan, yang mengasingkan negerinya daripada dunia semasa kemuncak pandemik COVID-19, hari ini...
    - Advertisment -