Friday, April 26, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Kasturi-Venosha menang pertembungan adik-beradik

    KUALA LUMPUR, 22 SEPT – Pentas Sukan Malaysia (Sukma) edisi ke-20 menampilkan kelainan apabila menyaksikan beberapa gandingan adik-beradik beraksi dalam acara badminton beregu wanita.

    Saingan suku akhir hari ini menyaksikan Kasturi-Venosha Radhakrishan dari Selangor menewaskan wakil legasi Saha dari Perlis, Dylyvya SahaDyvlyn Saha Davincy Saha 21-19, 19-21, 21-13 dalam pertembungan di Arena Axiata hari ini.

    Kasturi, 21, dan Venosha, 20, yang menjalani latihan di bawah New Vision Badminton Academy pernah muncul juara kejohanan Antarabangsa Uganda 2022 serta naib juara antarabangsa Cameroon dan Bangladesh, kini menyasarkan untuk meraih pingat emas Sukma bagi mengukuhkan lagi pencapaian mereka.

    “Pada set kedua, kami tidak mempunyai pelan bagaimana untuk kawal permainan. Namun, ketika set penentuan, kami cuba menjarakkan jurang dan apabila bertukar gelanggang, kami sudah ada idea untuk kawal permainan.

    “Kami sangat mahukan pingat emas ini kerana Sukma adalah kejohanan berperistij tempatan untuk bakat baharu. Ini akan meningkatkan profil kami apabila kami ke kejohanan luar dan membantu kami mendapatkan dana,” kata Venosha kepada Bernama.

    Gandingan adik-beradik menjalani latihan yang dibiyai oleh bapa mereka, seorang pesara pegawai Kastam Diraja Malaysia dan bekas pelajar tuisyennya.

    Selepas Sukma, Kasturi-Venosha akan menyertai Terbuka Vietnam minggu depan, diikuti Cabaran Antarabangsa Indonesia pada 11 hingga 16 Oktober dan Masters Indonesia pada 18 hingga 23 Oktober.

    Kasturi-Venosha akan berdepan satu lagi gandingan adik-beradik Kedah Cheng Su Hui-Cheng Su Yin dalam saingan separuh akhir esok.

    Wakil Kedah itu berjaya menewaskan adik-beradik dari Sarawak Felicia Fong Xin Hui-Flora Fong Xin Jie. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Menteri India pengsan semasa berkempen kerana cuaca panas

    NEW DELHI, 25 APRIL - Seorang menteri India telah pengsan semasa berucap pada perhimpunan pilihan raya kerana cuaca panas ketika biro cuaca negara itu...