Monday, January 30, 2023
23.1 C
Brunei

-

Kasuk Ar Rawda anjur kejohanan futsal

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 NOV – Sebanyak 32 buah pasukan futsal tempatan akan beraksi dalam kejohanan World Cup Fever Futsal 2022 anjuran Kasuk Ar Rawda Sport Event Management yang akan berlangsung di Dewan Tertutup, Kompleks Sukan Universiti Brunei Darussalam (UBD) pada 27 November.

Kejohanan ini dianggap unik dengan menyaksikan setiap pasukan berpeluang untuk memilih mana-mana negara yang beraksi di Piala Dunia Qatar 2022 sebagai pilihan nama pasukan masing-masing tanpa mengetahui identiti sebenar pasukan yang akan bermain di kumpulan berkenaan.

Pihak penganjur akan membahagikan semua pasukan kepada lapan kumpulan untuk beraksi dalam format liga dan dua pasukan terbaik dalam kumpulan akan mara ke pusingan seterusnya.

Wang tunai dan bola futsal bakal dihadiahkan kepada pasukan juara, naib johan dan dua pasukan di tempat ketiga.

Kejohanan tersebut juga disasarkan kepada penggemar sukan futsal tempatan untuk menampilkan aksi dan potensi

mereka di samping sebagai siri latihan kelab masing-masing sebelum menyertai kejohanan futsal peringkat kebangsaan musim depan.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S sokong hantar bantuan kepada Korea U

SEOUL, 27 JAN – Kerajaan Korea Selatan hari ini berkata bahawa ia akan membantu usaha orang awam untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada Korea Utara...
- Advertisment -