Monday, March 27, 2023
21.9 C
Brunei

-

Kasuka & Ar Rawda rampas puncak BFL

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 MAC – Pasukan Kasuka & Ar Rawda berjaya merampas kedudukan puncak Liga Futsal Brunei (BFL) 2023 selepas membelasah Arbisyam FC 7-0 di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, semalam.

Kemenangan tersebut mengekalkan rekod tanpa kalah Kasuka & Ar Rawda kepada enam perlawanan dan berkongsi mata (18 mata) dengan MS ABDB Perwira namun mempunyai kelebihan jaringan gol.

Kasuka & Ar Rawda yang dibarisi oleh pemain-pemain berpotensi tempatan termasuk dua tonggak import berjaya menguasai perlawanan.

Skuad bimbingan Wahyu Triyanto itu lebih awal mencipta jaringan iaitu pada minit keenam menerusi Awangku Muhd Naqib bin Pengiran Timbang dan lima minit kemudian Awangku Muhd Nazirul Mubin bin Pengiran Aduraman menggandakan jaringan.

Arbisyam FC sekali skala cuba memberi saingan dengan melakukan serangan balas namun mereka lebih banyak bertahan untuk menghalang kerakusan serangan bertali arus.

Mereka terus tenggelam selepas Muhd Ulfi Aminuddin menambah jaringan untuk Kasuka & Ar Rawda pada minit ke-12 dan Mohd Faiz Hasna menjadikan kedudukan 4-0 pada minit ke-16 separuh masa pertama.

Kasuka & Ar Rawda terus menggegar gawang Arbisyam FC melalui Mohd Reza Rahmania pada minit ke-26 dan ke-34 dan ketua pasukan, Awangku Muhd Naqib kemudiannya melengkapkan kemenangan buat pasukannya dengan menjaringkan gol terakhir dan menjadikan keputusan akhir perlawanan 7-0.

Aksi pemain Kasuka & Ar Rawda dan Arbisyam FC bersaing merebut bola semasa perlawanan yang diadakan baru-baru ini. – Gambar Serahan BFL

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -