Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Kasuka FC belasah Lun Bawang

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 OGOS – Kasuka FC menjadi salah satu pemenang terbesar pembukaan musim Piala FA Brunei baharu pada hujung minggu dengan meraih kemenangan 13-0 ke atas Lun Bawang di Kompleks Sukan Berakas malam kelmarin.

    Pemain antarabangsa Brunei Darussalam, Awang Mohammad Alinur Rashimy bin Haji Jufri memulakan rentak dengan gol pembukaan beberapa minit selepas sepak mula sebelum pemain import Leon Sullivan Taylor menambah mata pendahuluan dalam minit kesembilan.

    Pemain pertahanan Kasuka, Muhammad Haziq Kasyful Azim Mohammad Hasimulabdillah menambah namanya dalam senarai jaringan pada minit ke-15 sebelum Taylor menjadikannya 4-0 tiga minit kemudian.

    Taylor, dengan khidmatnya telah dikekalkan meskipun permulaan yang terjejas dalam bola sepak Brunei disebabkan pandemik COVID, melengkapkan hatriknya dalam minit ke-29.

    Sementara itu, pemain Kasuka FC, Adi Said mempamerkan aksi cemerlangnya dengan jaringan dua gol untuk pasukannya. Samuel Kojo Abbey menyertai aksi cemerlang dalam minit ke-61 sebelum Taylor merembat gol keempatnya pada minit ke-70.

    Taylor sementara itu, menyumbang gol kelimanya dua minit kemudian sebelum Mohammad Asri bin Haji Aspar membawa keputusan kepada 11-0. Seterusnya, Abbey menambah jumlah golnya satu minit sebelum perlawanan tamat sebelum Mohd Aman Haji Abdul Rahim menambah derita Lun Bawang dalam minit terakhir perlawanan.

    Sementara itu, Kota Ranger FC memulakan kempen untuk mempertahankan kejuaraan dengan kemenangan 3-0 ke atas Almerez FA dalam perlawanan pada petang di Kompleks Sukan Berakas. Juara bertahan itu, yang kali terakhir memenangi kejuaraan itu pada 2019, membuka jaringan dalam minit ketujuh menerusi penyerang Muhammad Faturrahman Embran.

    Awangku Muhammad Hazmi bin Pengiran Salleh seterusnya menambah gol pasukannya dalam minit ke-19 sebelum Muhammad Salleh Emzah menjadikannya 3-0 empat minit kemudian.

    Manakala dalam perlawanan lain, MS ABDB mencatat kemenangan 1-0 apabila pemain baharu Raden Reimy meledak satu-satunya gol ketika menentang Hawa FC. Pemenang Piala FA Brunei Wijaya FC mencatat seri 1-1 menentang Bang Dalam FC manakala Rimba Star memulakan kempen mereka dengan kemenangan 4-2 ke atas Dagang FT.

    Aksi Leon Sullivan Taylor semasa perlawanan di antara Kasuka FC dan Lun Bawang di Kompleks Sukan Berakas baru-baru ini. – Gambar serahan FABD
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...