Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Kasuka FC berpesta gol bertemu Dagang FT

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 OGOS – Kasuka FC meneruskan kecemerlangan mereka di Piala FA Brunei 2022 selepas membelasah Dagang FT 12-0 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Hassanal Bolkiah, Ibu Pejabat Polis, Gadong, petang tadi.

    Pasukan pilihan Kumpulan D itu sebelum ini memulakan kempen mereka dengan kemenangan besar 13-0 ke atas Lun Bawang.

    Penyerang Kasuka FC, Leon Sullivan Taylor mengucar-ngacirkan pertahanan lawan buat dua perlawanan berturut-turut ketika dia menambah jumlah jaringan peribadinya kepada 11 gol.

    Taylor menjaringkan hatrik dalam masa 14 minit sementara Adi Said turut melakar hatrik pada separuh masa pertama.

    Kasuka menjadikan kedudukan 7-0 pada masa kecederaan separuh masa pertama melalui jaringan Taylor.

    Aksi pemain Kasuka FC membuat percubaan semasa pertemuan menentang Dagang FT di Stadium Hassanal Bolkiah, Ibu Pejabat Polis, Gadong, kelmarin.

    Muhammad Maududi Hilmi Kasmi meledak gol dua minit selepas separuh masa bersambung sebelum Adi Said sekali lagi menambah jaringan empat minit kemudian.

    Taylor terus menambah dua gol pada separuh masa kedua sebelum Muhammad Haziq Kasyful Azmi Mohammad Hasimulabdillah menambah derita Dagang FT pada minit ke-76.

    Sementara itu, Rimba Star turut mencatatkan rekod sempurna selepas menewaskan Lun Bawang 1-0 pada perlawanan yang diadakan di Kompleks Sukan Batu Apoi, Temburong.

    Pemain Rimba Star, Muhammad Khalil Haji Ahmad Kamil berjaya menjaringkan gol tunggal perlawanan empat minit tamat perlawanan.

    Dalam perlawanan lain, juara bertahan, Kota Rangers FC terus mengungguli Kumpulan C selepas melakar kemenangan 5-0 ke atas Bang Dalam FC di Kompleks Sukan Berakas.

    Muhd Sahfiq Hidayat Al-Azim Sharizam berjaya menyumbat dua gol, sementara Awangku Muhammad Hazmi bin Pengiran Salleh, Abiodun Fatai Babatunde dan pemain gantian Muhd Faiz Farhan Kamat turut mencatat nama selaku penjaring.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...