Kasut emas milik Vardy

LONDON, 28 JULAI – Jamie Vardy (gambar bawah) memenangi trofi kasut emas Liga Perdana Inggeris untuk pertama kali dalam kariernya semalam walaupun musim yang tidak begitu baik untuk Leicester City yang menyaksikan mereka terlepas untuk mara ke Liga Juara-Juara musim depan.

Penyerang England, Vardy, 33, menjadi pemain tertua yang memenangi anugerah penjaring terbanyak liga itu setelah menjaringkan 23 gol, dengan memiliki kelebihan satu gol berbanding penyerang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang dan pemain dari Southampton, Danny Ings.

Dengan Chelsea memastikan kedudukan keempat teratas setelah meraih kemenangan 2-0 ke atas Wolverhampton Wanderers, Vardy gagal menemukan jaringan ketika Foxes tewas menentang Manchester United sekali gus melonjakkan pasukan Ole Gunnar Solskjaer ke tempat empat teratas.

Vardy hampir menemukan gol buat Leicester dalam kekalahan 2-0 pada perlawanan terakhir di Stadium King Power ketika percubaannya terkena tiang gol di minit ke-60 perlawanan.

Ederson memenangi sarung tangan emas EPL setelah meraih kemenangan 5-0 Manchester City menentang Norwich yang tersingkir.

Dia mendahului satu kedudukan di depan penjaga gol Burnley, Nick Pope, yang mana pasukannya mengalami kekalahan 2-1 menentang Brighton. – AFP