Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Kasut ortopedik khas untuk Lucas

    SAN DIEGO, 2 SEPT – Salah satu anggota koloni penguin Afrika di Zoo San Diego telah dipasang kasut ortopedik untuk membantunya mengatasi masalah kaki degeneratif.

    Penguin berusia 4 tahun bernama Lucas itu mempunyai luka di kakinya disebabkan keadaan kronik dikenali sebagai ‘bumblefoot,’ yang meliputi pelbagai masalah kaki burung, kata Gabungan Hidupan Liar San Diego dalam satu siaran akhbar.

    Jika dibiarkan tanpa rawatan, ‘bumblefoot’ boleh membawa kepada sepsis dan kematian akibat jangkitan.

    Pakar jagaan hidupan liar zoo mendapatkan khidmat pertubuhan bernama Thera-Paw, yang membangunkan produk pemulihan dan sokongan untuk haiwan dengan keperluan khas.

    Thera-Paw mencipta kasut khas yang dibuat daripada neoprene dan getah untuk mengelak kudis daripada tumbuh apabila Lucas berdiri dan berjalan.

    Masalah penguin itu bermula lebih tiga tahun lalu. Penguin Afrika telah mengalami kemerosotan populasi dan disenaraikan sebagai terancam oleh Kesatuan Pemuliharaan Alam Semula Jadi Antarabangsa. – AP

    Gambar serahan Gabungan Hidupan Liar Zoo San Diego menunjukkan pakar Debbie Denton (kiri) dan Lara Jones memerhati ketika Lucas menguji kasut ortopedik di Zoo San Diego. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...