NEW YORK, 10 FEB – Sotheby’s mengumumkan semalam bahawa pelelongan 200 pasang kasut Louis Vuitton dan ‘Air Force 1’ Nike hasil rekaan pereka Amerika Syarikat (AS) Virgil Abloh telah dijual dengan harga AS$25 juta.
Jurucakap untuk firma pelelongan itu memberitahu AFP bahawa harga tertinggi untuk salah sepasang kasut berjumlah AS$350,000 semasa jualan dalam talian yang diadakan dari 26 Januari hingga 8 Februari. Jumlah itu jauh melebihi anggaran awal Sotheby’s, yang memulakan bidaan pada AS$2,000 dan telah meramalkan kasut akan dijual di antara AS$5,000 dan AS$15,000 sepasang.
Pada akhirnya, kasut sniker berkenaan, daripada saiz lima hingga 18, dijual lebih daripada AS$100,000 sepasang. Kasut edisi khas, dibuat daripada kulit lembu, pada asalnya direka untuk koleksi lelaki musim bunga-panas Louis Vuitton pada 2022, di mana Abloh menjadi pengarah artistik. – AFP