Monday, October 7, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kasut ‘You By Skechers’ diperkenalkan

    Oleh Yusrin Junaidi

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Ogos – Kedai kasut Skechers Brunei, hari ini, telah memperkenalkan kasut jenama ‘You By Skechers’ yang sesuai digayakan oleh semua kaum wanita dengan harga yang berpatutan.

    Pengurus Skechers Brunei, Ice Tang, ketika ditemu bual oleh Media Permata berkata, kasut ‘You By Skechers’ ini menekankan pada ‘You’ iaitu kitalah sebagai penggunanya yang dijamin keselesaannya dan mempunyai ketahanan dan daya tarikan yang serba boleh.

    “Ia menjamin keselesaan si pemakainya dengan pad lembut di dalam kasut yang dapat mengimbangkan langkah dan tidak menyakitkan kaki walaupun berjalan berpuluh-puluh kilometer sehari,” ujar Ice Tang.

    Kasut jenama ‘You By Skechers’ boleh didapati di kesemua cawangan Skechers Brunei.

    ‘You By Skechers’ diperbuat daripada fabrik kain tenunan yang lembut dan fleksibel bagi membolehkan anda melakukan pelbagai jenis pergerakan, bukan itu sahaja, ia juga sesuai untuk semua jenis permukaan, sama ada untuk aktiviti lasak atau santai kerana tapak kasutnya direka untuk berdaya tahan.

    Kasut itu turut didatangkan dengan bermacam-macam warna dan reka bentuk serta boleh didapati di kesemua cawangan Skechers Brunei.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda