Katak luar biasa ditemui di Arizona

FLAGSTAFF, ARIZONA, 26 JULAI – Seekor katak luar biasa telah ditemui di kawasan barat daya Arizona.

Seorang sukarelawan Perkhidmatan Hutan Amerika Syarikat (AS) baru-baru merakam gambar katak Chiricahua dalam tangki tanah liat berhampiran bandar Camp Verde di tengah Arizona, kata agensi pada Khamis. Ahli biologi mengesahkan bahawa sekurang-kurangnya 10 ekor katak tinggal di sana.

Katak akuatik itu dipercayai spesies katak yang hidup di timur Arizona, barat Mexico Baharu dan utara Mexico tetapi dari segi sejarah mereka boleh didapati lebih meluas. Jumlah katak tersebut telah merosot disebabkan kehilangan habitat, penyakit dan pemangsa.

Audrey Owns dari Jabatan Hutan dan Perikanan Arizona berkata katak itu mungkin telah berpindah ke kawasan pamah Camp Verde disebabkan mereka berusaha mencari habitat terlindung atau suhu lebih panas yang melindungi mereka daripada penyakit kulat. Ahli biologi merancang mengunjungi kawasan berhampiran Campr Verde untuk menyiasat kewujudan katak tersebut. Katak jantan boleh dibezakan dengan bunyi yang mereka keluarkan semasa musim mengawan, seperti berdengkur. – AP

Gambar fail menunjukkan katak Chiricahua keluar dari tempat persembunyian dalam tangki khas di pejabat Perkhidmatan Perikanan dan Hidupan Liar AS di Albuquerque. – AP